Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja 16 tahun diperkosa, disula

1:03pm 20/10/2016 Pak Roshan 4660 views Global
Lucia Perez diperkosa bergilir-gilir sebelum disula dengan kejam. - Foto Lucia Perez/Facebook

Lucia Perez diperkosa bergilir-gilir sebelum disula dengan kejam. – Foto Lucia Perez/Facebook

Buenos Aires: Pembunuhan kejam pelajar perempuan 16 tahun yang dirogol dan kemudian disula dengan lembing oleh pengedar dadah mencetuskan kemarahan rakyat Argentina dengan pertubuhan wanita mengancam melakukan mogok di seluruh negara.

Lucia Perez dari Mar del Plata, mati pada 8 Oktober lalu selepas dibawa ke hospital oleh dua lelaki yang mendakwa dia mengambil dadah berlebihan.

Namun doktor mengesan tanda keganasan seksual dan siasatan polis kemudian mendapati dua lelaki berkenaan memberinya dadah, memperkosa sebelum menyula dubur mangsa menyebabkan kesakitan amat sangat membawa kepada serangan jantung hingga mati.

Menurut polis, mangsa serta seorang rakan berjumpa dua lelaki itu, Matias Farias, 23, dan Juan Pablo Offidiani, 41 sehari sebelum kematiannya untuk membeli marijuana, Mereka memaksa mangsa mengambil kokain berlebihan sebelum memperkosanya bergilir-gilir.

Ketua pendakwaraya, Maria Isabel Sanchez, yang tidak dapat melindungi kemarahannya berkata: “Saya sedar tidak wajar (sebagai pendakwaraya) untuk berkata, namun saya juga ibu dan wanita.

“Sepanjang karier ini, saya sudah melihat ribuan kes, termasuk kejam namun tiada yang sekejam ini.”

Pembunuhan itu menjadi keganasan terbaru terhadap wanita di Argentina. Tahun lalu, bantahan berlaku di seluruh negara selepas beberapa pembunuhan termasuk seorang guru tadika dikelar leher oleh suaminya dalam kelas, remaja 14 tahun dibelasah hingga mati oleh teman lelaki kerana hamil dan wanita ditikam teman lelaki dalam sebuah cafe. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan