Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja 16 tahun antara ditahan menagih dadah

2:51pm 09/08/2016 Pak Roshan 986 views Jenayah,Mutakhir
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak.

BEAUFORT: Empat lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penagihan dadah dalam sebuah pondok di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Baitam, Membakut, dekat sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 8.20 malam itu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort susulan maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata semua yang ditahan adalah warga tempatan berusia 16 hingga 44 tahun.

Katanya, polis turut merampas 5.26 gram dadah jenis Methamphetamine atau syabu bernilai RM500 yang diserahkan oleh suspek berusia 44 tahun yang sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, suspek lelaki berusia 44 tahun itu menyerahkan tiga paket plastik bersaiz sederhana dan tiga bersaiz kecil dipercayai berisi ketulan syabu.

“Ujian awal saringan air kencing turut mendapati semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Mereka kemudian dibawa ke IPD Beaufort dan direman empat hari bagi membantu siasatan, manakala semua barang rampasan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisis.

“Kita juga sudah memaklumkan kepada pihak keluarga dan sekolah mengenai tangkapan suspek bawah umur ini,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Azmir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan