Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja, 16 Mati Di Dipercayai Terjun Dari Tingkat 4 Bangunan Di Donggongon

Foto Ihsan Pembaca

 

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki terbunuh dipercayai terjun daripada tingkat empat bangunan sebuah pusat membeli belah di Donggongon, di sini petang tadi.

Ketua Polis Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 4 petang.

“Pihak ambulans telah dihubungi dan setibanya pihak perubatan di tempat kejadian, mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa berumur 16 tahun dan bersekolah di tingkatan empat di salah sebuah sekolah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Haris menambah, kes tersebut diklafilasikan sebagai Mati Mengejut.

Menurut beliau, keluarga mangsa telah dihubungi bagi pengecaman mayat.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan pada esok pagi bagi mengetahui punca kematian

Dalam pada itu, Mohd. Haris turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan pihak polis. -Oleh Sitti Nor Azizah Talata/SabahNewsToday

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

 

Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan