Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rela terima keadilan di AS

12:06pm 26/01/2016 Pak Roshan 2 views Global
SHI (kanan) diiring polis ke Mahkamah Majistret di Hong Kong.

SHI (kanan) diiring polis ke Mahkamah Majistret di Hong Kong.

Hong Kong: Seorang warga China yang ditahan di Hong Kong kerana didakwa membunuh dua anak saudaranya di Amerika Syarikat (AS) bersetuju diekstradisi, namun menafikan melakukan kesalahan itu.

Shi Deyun, 44, ditahan polis di lapangan terbang Hong Kong pada Sabtu lalu selepas mengambil penerbangan dari Los Angeles.

Polis membuat tangkapan itu hasil maklumat pihak berkuasa AS mengenai kehadiran suspek di dalam pesawat berkenaan, kata detektif kanan Inspektor Jonathan Close.

“Kami tidak mempunyai banyak masa, namun sempat bertindak pantas dan cukup bertuah dapat menahannya,” katanya.

Shi dituduh membunuh dua beradik lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu selepas isterinya memfailkan penceraian, lapor Los Angeles Times.

Mayat dua remaja itu ditemui ibu mereka di rumah mereka dengan kesan kecederaan pada tubuh mereka.

Suspek sebelum itu menyerang isterinya yang juga kakak kepada ayah mangsa.

Shi dihadapkan ke mahkamah daerah Hong Kong semalam, bersetuju diekstradisi ke Amerika Syarikat, malah berkata mahu kembali ke sana dengan segera.

Dia dipercayai menuju ke China yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan AS seperti di Hong Kong.

Shi mendakwa bukan melarikan diri sebaliknya melalui Hong Kong untuk menuju ke Shenzhen atas urusan perniagaan.

“Dakwaan terhadap saya menimbulkan banyak masalah. Saya mahu memberi penjelasan kepada kerajaan AS,” katanya.

Hakim Clement Lee mengarahkan dia direman dan menetapkan kes pada 11 Februari ini untuk mendapatkan permohonan ekstradisi penuh dari AS. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan