Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RELA Komited Beri Kerjasama Dengan Polis Di ESSzone

6:21pm 15/03/2016 Pak Roshan 38 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

ESSZONE_Map

TAWAU : Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sentiasa komited bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dalam usaha menjamin keselamatan di negeri ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Kamariah Mohd Noah.

Beliau berkata pihaknya sering mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi kerjasama kedua-dua pihak bagi memastikan tahap keselamatan di Sabah terus terjamin.

“Semua anggota Rela di kawasan ESSZone telah diarah menjaga kawasan kampung masing-masing dan melapor segera sebarang kejadian luar biasa kepada pihak polis untuk tindakan yang lebih pantas.

“Anggota kita berada di mana-mana dan boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam memastikan keamanan dan kedaulatan Sabah terus terjamin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat 20 Anggota Bersekutu Rela, di sini Isnin malam.

Sementara itu, Kamariah meminta Anggota Bersekutu Rela agar tidak menjadikan pangkat yang diterima untuk popular semata-mata atau disalahguna, namun perlu bertindak aktif dan terus menyumbang kepada masyarakat khasnya dalam aspek keselamatan.

“Anggota Bersekutu Rela juga perlu memastikan keahlian aktif dengan hadir menyertai aktiviti dan berusaha memberi sumbangan tenaga serta idea kerana tahun lepas sahaja terdapat empat anggota yang ditamatkan keahliannya kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Kamariah berkata pada masa ini, terdapat seramai 145 Anggota Bersekutu Rela di Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan