Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

REKOD TIGA TAHUN KEBAKARAN DI KENINGAU MENINGKAT

Kamarulzaman (depan tengah) bersama Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat JBPM Sabah Jemros Olin (duduk kiri), Ketua Zon JBPM Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan (duduk kanan) dan para pegawai bomba pada sidang media tersebut. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Statistik kes kebakaran bangunan struktur di keningau meningkat bagi tempoh tiga tahun sejak 2016 sehingga kini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pada 2016 kes berkenaan mencatatkan sebanyak 33 kes dan meningkat masing-masing kepada 38 dan 56 kes pada 2017 serta 2018.

Manakala, katanya, bagi kes kebakaran kenderaan pula untuk tempoh yang sama, 2016 dan 2017 masing-masing 14 kes dan 2018 merekodkan 10 kes.

“Daripada jumlah kesemua kes dilaporkan terdapat satu kes kebakaran secara sengaja pada Julai tahun ini dan kerugian kesemua kes tersebut melibatkan jutaan ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS)Peringkat Zon Keningau, JBPM Sabah di sini pada Rabu.

Jelasnya, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut tersebut telah mencatatkan bilang mangsa iaitu 2016 (4 maut, 34 cedera, 4 selamat), 2017 (4 maut, 18 cedera, 12 selamat) dan 2018 (1 maut, 3 cedera, 5 selamat).

Dalam pada itu, katanya, untuk seluruh kes di daerah tersebut sebanyak 4,978 panggilan kecemasan diterima.

Dalam perkembangan lain jelasnya, JBPM berhasrat untuk menjadikan Sabah sebagai zon bebas kebakaran walaupun ia sukar namun dengan adanya kesedaran tinggi orang awam mengenai langkah-langkah pencegahaan kebakaran ianya akan dapat direalisasikan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan