Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rekod 100m Kebangsaan Kembali Milik Watson Nyambek

11:14pm 11/01/2016 Pak Roshan 177 views Mutakhir,Sukan

110615WatsonNyambek

Rekod 100m kebangsaan kini nampaknya kembali kepada pemilik asalnya iaitu Watson Nyambek.

Itu pengesahan yang dibuat oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas Brunei setakat ini gagal menyediakan dokumen yang sah mengenai aspek teknikal ketika Badrul Hisham Abd Manap mencipta rekod larian 100m dengan masa 10.29 saat pada November lalu.

Selepas beberapa perbincangan dan mensyuarat diadakan, akhirnya presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim mengumumkan mengenai siapa pemilik rekod 100m kebangsaan.

Oleh itu, Watson Nyambek kini masih lagi kekal sebagai pemegang rekod 100m kebangsaan dengan cacatan masa 10.30 saat yang dilakukan olehnya pada tahun 1998.

Kami belum memperbetulkan rekod itu namun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan,” kata Karim.

Isu ini timbul apabila alat pengukur angin tidak berada dalam kedudukan yang tepat.

Selain itu dari sebab diatas, Brunei juga gagal menyediakan bukti ‘photofinish’ seperti yang termaktub dalam peraturan persekutuan olahraga antarabangsa (IAAF).

Kami terima masa yang dicatat oleh Badrul. Dan setakat ini dia adalah pelari terpantas negara. Cuma ia tidak diiktiraf secara rasmi kerana keputusan rekod ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis KOM.

Jadi rekod 100 meter masih dipegang oleh Watson Nyambek setakat ini,

Brunei tak nak bagi kerjasama sehingga kini. Saya sudah hantar surat pada 3 Disember lalu kepada Brunei. Saya sudah tanya banyak kali, mereka minta surat rasmi dan sehingga sekarang mereka belum memberi jawapan.”,  jelasnya sebagaimana memetik laporan mStar Online.

Persatuan Olahraga Brunei Darulsalam bagaimanapun sudah mengakui kesilapan mereka dan menyerahkan kepada pertimbangan KOM untuk menentukan siapa pemilik sebenar rekod 100m kebangsaan.

Buat masa ini, Watson Nyambek masih lagi pemegang rekod 100m kebangsaan selagi Brunei gagal menyediakan dokumen yang sah. – Siakapkeli.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan