Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rekaan mungkin berubah, tetapi corak pada pakaian tetap identiti kami

Suasana perarakan lapan sub etnik Murut.

TENOM, – Gemerincing loceng pada pakaian, bersatu dengan paluan gong, memang kedengaran sangat mengujakan ketika berlangsungnya perarakan oleh 700 peserta suku Murut pada Isnin.

Perarakan sempena sambutan Pesta Kalimaran 2018 melibatkan lapan sub-etnik Murut yang di tetapkan mengikut kawasan penempatan seperti Murut Baukan, Paluan, Nabai, Timugon, Tagol, Kolor, Serudung dan Tenggala.

Keindahan pakaian, aksesori dan seni kraftangan dapat dilihat sepanjang pesta ini disambut dan terserlah rasa kebanggaan di riak wajah masing-masing mengenakan busana asli tradisi sejak berzaman.

Ketua Pondok Murut Kolor, Sinimpong @ Rohani Ganjau @ Abdullah berkata, beliau sememangnya merasa bangga dapat mengenakan busana kaumnya, serta memperlihatkannya kepada orang ramai.

“Memang banyak perubahan yang sudah dilakukan dalam rekabentuk busana kami, kerana aslinya dahulu pakaian ini dijahit tidak berlengan, dan dipadankan pula dengan skirt paras lutut.

“Tapi seiring dengan perubahan masa, dan seperti kami yang juga beragama Islam, maka kami mengubahnya agar lebih menutup aurat namun tampak asli dan sopan.

“Apa yang penting pada busana kami adalah coraknya, kerana ia adalah identiti kaum kami yang tidak boleh diubah mewakili lambang etnik Murut kebangaan kami,” ujarnya.

Katanya juga, Kesedaran pentingnya menyayangi identiti bangsa sememangnya di titikberatkan dan didedahkan kepada generasi muda sejak mereka kecil lagi.

Rohani (tengah) ketika berada di pondok Murut Kolor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang mengangkat martabat suku murut dengan melangsungkan Pesta Kalimaran setiap tahun dan mengangkatnya sebagai satu perayaan di Peringkat Negeri sejak 2003.

“Dengan berlangsungnya pesta ini, dapatlah suku kami diperkenalkan kepada masyarakat lain di luar Sabah seterusnya di mata dunia.

“Di pesta ini juga kami berpeluang mempamerkan keunikan, keindahan dan variasi sub etnik Murut yang ada di Sabah.

“Selain itu, pesta ini dapat membantu kami dari segi ekonomi dengan penjualan produk kraftangan, makanan dan peralatan tradisional lainnya,”katanya.

Pesta Kalimaran 2018 yang disambut bermula 31 Mac lalu serta dijalankan dengan pelbagai pengisian, dan acara kemuncaknya pula berlangsung pada 9 April dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kira-kira 10 ribu pengunjung pelbagai bangsa hadir dari seluruh negara meraikan bersama pesta ini yang diadakan di Padang Pekan Tenom.

Dalam pada itu, Pengurus Pusat Kebudayaan Murut (PKM), Mohd Soffriezan Yahya berkata pelbagai info dan sejarah berkisar mengenai kaum ini boleh didapati di PKM.

“Satu-satunya PKM yang terdapat di tenom ini diperbuat menggunakan 207 tiang kayu belian dimana materialnya ada 99 peratus belian dan 1 peratus konkrit.

“Kalau berkunjung disini, kami ada menyusun beberapa aktiviti dan juga barangan pameran seperti tajau yang berusia ratusan tahun serta pameran lapan jenis sub etnik suku kaum Murut,” katanya.

Menurut Soffriezan, lapan jenis sub etnik Murut itu boleh ditemui di Kalabakan, Kinabatangan, Tenom, Keningau dan Nabawan.

“Untuk mempromosikan budaya Murut ini kami mengadakan beberapa aktiviti secara tahunan contohnya seperti Pesta Kalimaran.

“Dulu pesta ini adalah dibawah anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah(LKNS), tetapi kini kami sudah serahkan sepenuhnya kepada Persatauan Murut Sabah.

“Pengunjung yang berkunjung pada Sabtu dan Ahad akan dapat menikmati persembahan tarian Murut setiap jam 10.00 pagi, 12.00 tengah hari dan 2.00 petang,” katanya./Unit MAMS, PENERANGAN

Kira-kira 10,000 pengunjung menyambut kehadiran Ahmad Zahid.

Komen


Berita Berkaitan