Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Reka Bentuk Kad Punca Pengacara Miss Universe Silap Sebut!

3:29pm 23/12/2015 Pak Roshan 4348 views Global,Mutakhir

kad-universe

LAS VEGAS — Kesilapan menyebut nama pemenang sebenar Miss Universe 2015 bukan hanya semata-mata kerana kesalahan pengacara, Steve Harvey, malah ia juga disebabkan reka bentuk kad yang agak mengelirukan.

Pada kad pengumuman yang dipegang Harvey, 58 tahun; terdapat tiga kategori pemenang Miss Universe, iaitu runner up kedua dan pertama yang ditulis di kiri kad dengan nama negara asal peserta yang memenanginya.

Berdasarkan tajuk pada bahagian atas kad itu tertera ayat Show Finals 3 to 1 iaitu bermaksud pemilihan peserta untuk peringkat akhir pengumuman pemenang yang mesti dibaca Harvey dari tempat ketiga sehingga juara.

Dari segi teknikal mana-mana pertandingan pun, 2nd runner up bermaksud pemenang kedua atau bahasa mudah iaitu tempat ketiga diraih Miss Amerika Syarikat (AS) manakala 1st unner up atau naib juara ialah Miss Colombia.

Sementara pemenang utama pertandingan ratu cantik tahunan edisi ke-64 itu ditulis di bawah kanan dengan huruf besar “MISS UNIVERSE 2015” tetapi negara pemenangnya pula ditulis di bawah dengan huruf kecil!

Reka bentuk kad tersebut ‘sekilas pandang’ pasti akan mengelirukan si pengacara kerana nama negara asal pemenang yang meraih gelaran Miss Universe 2015 ditulis begitu halus dan ditempatkan di sudut kanan bawah.

Eric Thomas, pakar penjenamaan terkenal dari Detroit, AS menjelaskan kepada portalNetxshark, sepatutnya nama pemenang ditempatkan di bahagian tengah dengan format huruf yang mudah terlihat atau eye catching.

Menurut beliau, kesalahan penyebutan nama pemenang Miss Universe 2015 tidak sewajarnya dilemparkan ke atas Harvey semata-mata sebaliknya reka bentuk kad yang jelek menjadi penyebab utama kesalahan itu timbul.

“Ini bukan kesalahan Steve Harvey. Di sini, sekali lagi, punca ‘pelakunya’ adalah reka bentuk kad pengumuman tersebut yang amat jelek untuk dibaca sesiapa pun waima mana-mana pengacara berpengalaman,” kata Thomas.

Acara penganugerahan Miss Universe 2015 di sini pada Ahad lalu diwarnai insiden yang cukup memalukan apabila Harvey selaku pengacara tersalah ketika menyebutkan nama pemenang pertandingan ratu cantik dunia tersebut.

Awalnya Harvey mengumumkan Miss Universe 2015 jatuh kepada Miss Colombia, Ariadna Gutierrez tetapi dua minit kemudian, dia segera ralat bahawa yang berhak dapat gelaran elit itu, Miss Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Harvey namun dilaporkan telah menemui dua peserta itu di belakang pentas bagi memohon maaf secara peribadi susulan insiden tersebut dan memuat naik foto berkenaan menerusi akaun Instagram dirinya @iamsteveharvey.

Drama kesalahan sebut itu mengejutkan seluruh dunia khasnya rakyat Colombia sendiri, bahkan Presiden Colombia, Juan Manuel Santos berasa amat kecewa dengan kesilapan tersebut. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan