Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rehat sekejap alasan pasangan kekasih elak dicekup

7:47pm 01/01/2016 Pak Roshan 1839 views Jenayah,Mutakhir
PEGAWAI Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menyoal siasat pasangan yang berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel bajet ketika sambutan ambang tahun baharu di Jalan Bandaran, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

PEGAWAI Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menyoal siasat pasangan yang berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel bajet ketika sambutan ambang tahun baharu di Jalan Bandaran, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

TAWAU: “Kami cuma mahu berehat sekejap.” Itu antara alasan pasangan remaja yang mendakwa sudah bertunang ketika dicekup dalam operasi cegah maksiat oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) Cawangan Tawau, di sebuah rumah tumpangan di sini, awal pagi tadi.

Pasangan berusia 20 dan 22 tahun itu sebelum ini mendaftar masuk di rumah tumpangan terbabit pada jam 9 malam serta mendakwa hanya berehat seketika selepas melawat ahli keluarga yang sakit di Hospital Tawau.

Anggota penguat kuasa terpaksa mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik disewa pasangan terbabit sebelum dibuka dengan kedua-duanya didapati lengkap berpakaian.

Ketua Penguatkuasa JHEINS Cawangan Tawau, Abdul Imam Basirun, berkata pasangan itu antara lapan pasangan dicekup pihaknya dalam operasi di sekitar bandar itu sempena ambang tahun baharu.

“Apapun alasan pasangan ini, JHEAINS memandang serius kesalahan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 84, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah (Kesalahan Khalwat).

“Kita berharap, ibu bapa dapat memantau pergerakan anak mereka bagi mengelak terjerumus dengan aktiviti tidak bermoral dan salah laku yang boleh mencemarkan maruah keluarga serta agama,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.

Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi itu turut membabitkan anggota polis dan Jabatan Imigresen. Sementara itu, Jabatan Imigresen Tawau turut menahan empat wanita dan dua lelaki warga asing berumur 22 hingga 42 tahun kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, selain pasport tamat tempoh. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan