Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Regatta Lepa Semporna Pada April – Shafie

2:34pm 14/02/2016 Pak Roshan 176 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

Regatta-lepa

SEMPORNA : Pesta Regatta Lepa di Semporna akan dianjurkan pada April ini sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan, khasnya di daerah ini, kata Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pesta air berkenaan bukan sahaja mengangkat nilai budaya dan keunikan suku kaum Bajau tetapi juga menarik lebih 50,000 pengunjung, setiap kali penganjurannya.

“Walau berdepan dengan keadaan ekonomi yang sedikit sukar, tetapi kami sanggup terus menganjurkannya kerana pesta ini mampu menarik pelancong serta membantu ekonomi penduduk setempat,” katanya kepada pemberita pada Program Perpaduan Bersempena Tahun Baharu Cina, di sini Sabtu malam.

Katanya, pesta berkenaan penting bagi membolehkan masyarakat berbilang kaum lain dapat mengenali adat resam dan keunikan kaum Bajau, apatah lagi pesta itu telah diwartakan sebagai pesta perayaan peringkat negeri.

“Kita mahu orang lain kenal dan bersama-sama menghargai warisan adat resam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Naib Presiden UMNO mahu sikap saling menghormati dan perpaduan rakyat yang diamalkan selama ini di daerah Semporna terus diterjemah secara perkongsian bersama dalam bentuk perbuatan dan bukan hanya bersifat ungkapan semata-mata.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan