Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Regatta Lepa Beri Impak Positif Kepada Industri Pelancongan Sabah

7:10pm 23/04/2016 Pak Roshan 288 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

13055563_961958527252473_208107431102012798_n

SEMPORNA : Pesta Regatta Lepa dapat memberikan banyak manfaat dan impak positif kepada sektor ekonomi, khususnya dalam industri pelancongan di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited menyokong usaha dan inisiatif yang diambil setiap daerah bagi mengetengahkan keunikan dan keistimewaan tempat masing-masing termasuk dalam konteks budaya dan tradisi masyarakat setempat.

“Oleh itu kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sepanjang penganjuran tahunan pesta ini menerusi agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

“Walaupun berhadapan dengan kelembapan ekonomi dan langkah perbelanjaan berhemat, kerajaan negeri tetap komited menyumbang dana dan peruntukan bagi menjayakan pesta ini pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marhaban sempena Perasmian Regatta Lepa ke-23 oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, di sini Sabtu.

Musa berkata pesta berkenaan mempunyai keunikan dan signifikannya tersendiri yang bukan sahaja diraikan masyarakat Bajau di daerah ini, malah kemeriahan dan keunikannya turut dijayakan dan diraikan bersama lapisan rakyat seluruh negara.

“Perayaan ini berjaya menarik kunjungan ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke Sabah khususnya ke daerah Semporna. Saya berpendapat pesta ini merupakan kesinambungan budaya tradisi masyarakat Bajau yang perlu dikekalkan,” katanya.

Pada masa sama, Musa turut menyambut baik inisiatif penganjur yang menampilkan kreativiti yang tinggi dalam pengisian program termasuk mengadakan seminar antarabangsa mengenai sejarah dan budaya masyarakat Bajau.

“Seminar antarabangsa mengenai sejarah dan budaya masyarakat Bajau amat tepat pada masanya dan usaha ini berupaya menambah pengetahuan dan pendedahan berbentuk ilmiah dengan lebih meluas.

“Pengetahuan itu penting khususnya kepada generasi muda untuk mengetahui sejarah dan budaya tradisi kita, sekali gus mempromosikannya ke luar negara,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan