Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Reformasi sudah lama: Abdul Rahim

PAPAR – Laungan reformasi oleh penyokong PKR sehingga ke hari ini sudah lama dan jelas tidak berkesan kerana ternyata apa yang ada hanyalah pembohongan serta perjuangan palsu pemimpin mereka.

Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, buktinya sejak pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO hingga mencetuskan reformasi, Barisan Nasional (BN) masih berdiri kukuh mentadbir kepimpinan negara.

“Justeru, kononnya Putrajaya akan ditawan pada pilihan raya umum ke-14 disebabkan penahanan Anwar ini tidak mungkin berlaku dan ia hanya pendapat peribadi segelintir individu,” katanya ketika ditemui di Program ‘Walkabout’ UMNO Bahagian Papar sempena Tahun Baru Baru Cina, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata, tanggapan ramai pihak mengatakan hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim kononnya bakal menyebabkan BN tumbang pada pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Malah, katanya, ramai rakan dan sekutu rapat Anwar sebelum ini telah meninggalkan beliau disebabkan tidak mempercayai perjuangannya yang berlandaskan matlamat peribadi dan bukan melibatkan kepentingan rakyat. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan