Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rebut peluang yang disediakan oleh kerajaan

12:55pm 08/04/2016 Leolerry Lajius 19 views Tempatan
Hamisa (tengah) bersama peserta yang menyertai program tersebut.

Hamisa (tengah) bersama peserta yang menyertai program tersebut.

KOTA KINABALU: Pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat, antara inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan adalah meningkatkan penyertaan kontraktor Bumiputera dalam bidang industri pembinaan.

“Saya berharap para peserta dapat memainkan peranan sebagai pelupor dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri binaan.”

“Saya juga berharap agar bakal-bakal kontraktor akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sebagai kontraktor dan menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan dengan cekap dan berkualiti,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena penutupan Kursus Kontraktor Jalan Raya yang disertai seramai 76 orang peserta di sini, kelmarin.

Turut hadir sama Penyelaras Kursus Sahar Unggat dan penceramah daripada Iman Collnsultan Norazam Utoh Naim.

Tambah beliau, kerajaan telah membuktikan kesungguhannya untuk mewujudkan usahawan Bumiputera dalam bidang industri binaan.

“Dunia korporat perniagaan pada hari ini adalah sangat mencabar. Sesebuah entiti perniagaan perlu peka kepada perubahan dan persaingan arus perniagaan yang serba canggih.”

” Antara sumber yang digunakan untuk terus kekal dalam bidang perniagaan ialah memodenisasikan sistem kerja yang melibatkan peningkatan teknologi, pembangunan sistem maklumat urusniaga yang cekap, pengukuhan sumber tenaga manusia, peningkatan kualiti kerja serta mengutamakan pelanggan,”katanya.

Menurut Hamisa lagi, kepakaran-kepakaran dalam bidang ini bukan sahaja akan meningkatkan peranan kontraktor berwibawa dalam mencapai matlamat kerajaan, tetapi juga akan membantu proses pembangunan sains dan teknologi.

Tegasnya adalah menjadi harapan negara kontraktor berwibawa juga akan mempelbagaikan perniagaan dalam sektor pembuatan bahan binaan./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan