Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rebut peluang rasai keenakan Juadah Rasa Rasa Malaysia sempena Ramadan ini

4:09pm 01/06/2016 Leolerry Lajius 62 views Tempatan
Chef Abdullah (kiri) dan Vincent Chen (kanan) bersama hidangan istimewa mereka.

Chef Abdullah (kiri) dan Vincent Chen (kanan) bersama hidangan istimewa mereka.

KOTA KINABALU:Sabah Oriental Hotel sekali lagi pada tahun  ini memberikan peluang kepada para  pengunjung untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga tersayang secara buffet di Cafe Oriental, Crystal Ballroom dan Dewan Crown hotel berkenaan.

Pengunjung akan disajikan dengan Juadah Rasa Rasa Malaysia yang menyajikan lebih 80 jenis masakan sepanjang tempoh promosi, iaitu bermula pada 6 Jun sehingga 5 Julai hasil sentuhan Chef Abdullah.

Antara hidangan istimewa yang boleh dinikmati oleh para pengunjung adalah Kambing Golek, ayam BBQ, Ikan Bakar, Seafood BBQ, Gulai Kambing, Rendang Tok, Lemang dan Cucur Udang SOH.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Pengunjung juga disajikan dengan pencuci mulut istimewa seperti Bubur Pulut Hitam, pelbagai jenis kuih, pelbagai jenis kek, Pengat Labu dan berbagai jenis minuman khususnya minuman istimewa Soya Bandung Cinchu SOH dan Mango Lasse SOH.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Pengurus Besar Sabah Oriental Hotel berkata, pada tahun ini konsep buffet ramadan diketengahkan bagi memberi kepuasan kepada pengunjung untuk berbuka puasa dengan suasana yang lebih santai.

“Promosi pada tahun ini mengetengahkan suasana menikmati juadah berbuka puasa, bukan sahaja pelanggan yang datang dari dalam negara malah yang datang dari luar negara untuk menikmati juadah istimewa ini,”katanya.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Cafe Oriental menawarkan diskaun sebanyak 10% dengan baucer istimewa pra-bayar berharga RM70.00 untuk seorang di mana harga biasa adalah RM80.00 seorang.

Orang ramai boleh menghubungi pihak hotel untuk membuat tempahan atau pertanyaan di talian 998 258 + 60 88 EXT 7 (Cafe Oriental).

Pihak hotel juga turut menyediakan tempat bagi pengunjung yang ingin merasai suasan berbuka secara beramai-ramai bersama keluarga tersayang atau sahabat handai di Ballroom hotel berkenaan dan jika melebihi 30 orang pihak hotel turut menyediakan tempat di dewan tarian yang akan diubah menjadi satu tempat berbuka dengan suasana yang menarik disertakan dengan pelbagai menu makanan secara buffet.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan orang ramai boleh menghubungi talian 60 88 258 998 EXT 8336 (Mr. Awang) dan 8305 (Encik Azrin Lasimin).-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

 

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

 

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

Antara hidangan istimewa Juadah Rasa Rasa Malaysia.

 

IMG-20160529-WA0034

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan