Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rebut peluang pamer bakat tinju: Mayor

Datuk Abidin Madingkir
Datuk Abidin Madingkir

KOTA KINABALU – Para peserta kejohanan Tinju Piala Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, disarankan agar merebut peluang menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan tersebut.

Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir berkata, peninju berbakat terutama pemenang kejohanan, berpeluang untuk mewakili negeri ke Pertandingan Tinju Piala Malaysia di masa hadapan.

“Oleh itu, saya berharap semua peninju yang mengambil bahagian dalam kejohanan akan menunjukkan kebolehan dan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya ketika berucap di majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan tersebut di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Seramai 90 peninju amatur menyertai kejohanan anjuran bersama Kelab Reka, DBKK dan Persatuan Tinju Amatur Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Januari.

Selain itu, beliau juga berkata kejohanan berkenaan mampu mengeratkan lagi hubungan di antara peserta, pegawai dan juru latih tinju seterusnya dapat meningkatkan mutu sukan tinju di negeri ini.

“Kepada pemenang saya ucapkan syabas dan tahniah.. kepada yang tidak menang, jangan putus asa. Berlatih lagi dengan lebih gigih,” katanya.

Kejohanan itu dianjurkan bersempena dengan ulangtahun ke-15 Bandaraya Kota Kinabalu. –oleh Sukri Sarin / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan