Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rebut peluang niaga

kaamatan

PENSIANGAN : Peniaga tempatan perlu merebut peluang menjana pendapatan dengan memasarkan produk pelancongan negeri ini sepanjang sambutan Pesta Kaamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, meskipun perniagaan tersebut hanya membabitkan aktiviti ekonomi secara kecil-kecilan, sekurang-kurangnya golongan itu mampu memperoleh pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian.

Katanya, Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan itu sendiri merupakan produk pelancongan malah diiktiraf oleh kerajaan sebagai antara perayaan utama di negara ini.

“Seharusnya peniaga tempatan me­ngambil kesempatan mempelbagaikan perniagaan mereka daripada kraftangan sehingga kepada produk makanan dijual pada sambutan perayaan Pesta Kaamatan ini bagi menambah pendapatan,” katanya semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Marasak di Balai raya Kampung Marasak, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, program itu merupakan usaha yang cukup baik kerana dapat mengekalkan nilai budaya masyarakat di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Katanya, sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini yang bertemakan Kaamatan Asas Keamanan dan Persahabatan sebenarnya bertepatan dengan objektif asal perayaan itu diraikan.

“Sejajar dengan tema ini kita sebagai rakyat dan penduduk di sini semestinya dapat hidup bersatu padu, bantu membantu serta bersatu hati dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

“Semangat ‘Mitatabang’ yang diwarisi oleh generasi terdahulu haruslah dijadikan panduan dalam kita memajukan diri dan masyarakat. Jika kita dapat mengekalkan semangat ini, saya yakin usaha untuk mengekalkan nilai budaya serta memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Di samping itu katanya lagi, Tadau Kaamatan juga boleh dijadikan sebagai wadah untuk mengkaji dan menghayati setakat mana kemajuan telah dicapai dan juga sebagai landasan untuk masyarakat terus ke hadapan.

Komen


Berita Berkaitan