Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rebut peluang memenangi hadiah bernilai RM5 ribu

1:54pm 28/11/2016 Leolerry Lajius 24 views Kota Kinabalu,Pelancongan,Tempatan

KOTA KINABALU: Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pertandingan mencipta lagu yang bertemakan tempat Pelancongan Negeri Sabah yang dianjurkan oleh Jesselton Philharmonic Orchestra (JPO) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pertandingan ini adalah bertujuan untuk menarik pelancong datang ke negeri ini dan juga bagi mempromosikan industri pelancongan yang disampaikan melalui muzik.

“Langkah terbaik untuk membangunkan industri pelancongan di negeri ini adalah dengan penglibatan seluruh masyarakat dan melalui pertandingan ini ia adalah salah satu platfrom menggalakkan penglibatan masyarakat.”

“Pertandingan ini juga mampu menjadi platfrom bagi rakyat di negeri ini mengetengahkan bakat mereka di samping turut terlibat dalam pembangunan pelancongan di negeri ini,”katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa, pertandingan ini dianjurkan dalam dua kategori iaitu kategori yang pertama adalah mencipta lagu dan lirik.

“Bagi kategori ini, ia Cuma terbuka bagi rakyat Sabah sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 December tahun ini dan pemenang akan diumumkan melalui laman web Lembaga Pelancongan Sabah pada 7 Januari depan,”katanya.

Tambah beliau, bagi kategori kedua iaitu pertandingan menggubah lagu atau muzik bagi pemenang kategori pertama , ia adalah terbuka bagi semua rakyat Malaysia.

“Tarikh tutup penyertaan bagi kategori ini adalah pada 25 Februari tahun  hadapan dan pemenang akan diumumkan melalui laman web Lembaga Pelancongan Sabah pada 4 Mac depan,”katanya.

Menurut Masidi, lirik lagu hendaklah dalam bahasa Malaysia, English ataupun dalam bahasa Mandarin dan lagu yang memenangi pertandingan ini akan dipersembahkan sempena Sabah Fest 2017 pada Mei depan.

Individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh memuat naik borang penyertaan melalui laman web www.sabahtourism.com atau berhubung dengan pihak Lembaga Pelancongan Sabah atau datang ke pejabat Sri Pelancongan Sabah.

Orang ramai juga boleh menghubungi Ms.Chou di talian 012-8286880/ [email protected], Yap Ling di talian 016-8200355/ [email protected] dan Jusliah Ghani di talian 088-232121/ [email protected].

Pemenang bagi kedua-dua kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5000.00. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Masidi (tengah) mengambil gambar bersama penganjur pertandingan ketika sidang media berkenaan.

Masidi (tengah) mengambil gambar bersama penganjur pertandingan ketika sidang media berkenaan.

 

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan