Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rebut peluang ceburi industri akuakultur

datuk rosnah

PAPAR: Rakyat perlu merebut peluang dalam industri akuakultur bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran ikan air tawar negara disamping dapat membantu meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, industri akuakultur menjanjikan pulangan ekonomi yang baik sekiranya diusahakan secara serius disamping mempelajari serta memahami teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan memberi nilai tambah.

Katanya, langkah itu penting supaya produk akuakultur bukan sahaja untuk memenuhi keperluan dalam negara, tetapi juga dapat dieksport ke luar negara.

“Kita pelawa rakyat khususnya di kawasan ini merebut peluang menceburi industri akuakultur selari dengan usaha kerajaan bagi menjadikan sektor pertanian dan perikanan sebagai sumber utama bagi menjana ekonomi negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Persatuan Akuakultur Pusat Pembiakan Kampung Kinuta Papar, di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Persatuan Florentius Malinggi

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, jika rakyat tidak mengambil peluang tersebut, dikhuatiri industri tersebut akan dimonopoli oleh pengusaha luar secara besar-besaran.

Begitupun, beliau memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut menubuhkan persatuan akuakultur, sambil menjelaskan ia merupakan usaha positif bagi membangunkan ekonomi rakyat setempat melalui industri itu.

“Bukan sahaja persatuan penduduk kampung boleh menjalin kerjasama bagi menubuhkan koperasi yang mana keuntungannya dapat dikongsi bersama dan melibatkan komuniti setempat,” ujarnya.

Tambah Rosnah, setakat ini, 80 peratus pengeluaran ikan negara disumbangkan perikanan tangkapan marin manakala bakinya dihasilkan melalui akuakultur.

“Bagi mereka yang berkeinginan untuk melibatkan diri dalam industri ini, mereka tidak perlu bimbang dari segi modal kerana pelbagai jabatan dan agensi termasuk institusi kewangan sedia memberi pinjaman selain dari khidmat nasihat dari jabatan berkaitan khususnya jabatan perikanan,” jelasnya.

Komen


Berita Berkaitan