Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rebat Elektrik Semenanjung Kekal, Penurunan Tarif Elektrik Sabah, Labuan Diteruskan

sesb

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik 1.52 sen/kWj di Semenanjung serta meneruskan penurunan purata tarif elektrik 1.20 sen/kWj di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis tahun ini seperti yang dinikmati dalam tempoh enam bulan sebelum ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata berikutan itu tiada sebarang perubahan dalam kadar tarif elektrik dikenakan kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh itu.

Bagi Semenanjung, katanya, rebat 1.52 sen/kWj melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM758.03 juta yang diperoleh menerusi semakan tarif di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini.

“Antara faktor yang menyumbang kepada pemberian rebat itu ialah penurunan harga gas asli cecair (LNG) dan arang batu di pasaran dunia serta peningkatan kecekapan loji-loji janakuasa arang batu,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan