Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

REAL MADRID TUNGGU DURIAN RUNTUH

angel di maria

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid masih menunggu tawaran yang sesuai daripada Paris Saint-Germain (PSG) yang berhajat mendapatkan perancang tengah Los Blancos, Angel Di Maria.

Los Blancos meletakkan harga berjumlah €75 juta (RM323 juta) terhadap bintang Argentina itu namun, PSG berkemungkinan tidak dapat memiliki Di Maria kerana sudah menghampiri kuota pembelian pemain yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

PSG sebelum ini menawarkan €10 juta (RM43 juta) secara pinjaman selama semusim dan kemudiannya akan melakukan pembelian penuh musim berikutnya namun ditolak oleh Real.

Real melalui kenyataan rasminya menjelaskan Di Maria termasuk dalam perancangan musim baharu nanti yang sudah diputuskan oleh jurulatih Los Blancos, Carlo Ancelotti.

Namun,  pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini sudah bertemu dengan pemilik PSG dan turut menjelaskan tidak mahu kembali beraksi bersama Real.

Bagi barisan lembaga pengarah Real, mereka tidak menghalang para pemainnya untuk berhijrah sekiranya sudah tidak mempunyai hati bersama pasukan.

Komen


Berita Berkaitan