Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Razak: Pendakwah perlu pelbagaikan kaedah penyampaian

3:34pm 26/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 93 views i-Muslim,Tawau,Tempatan
RAZAK menerima cenderakenangan dari Ketua Usia Bahagian Tawau selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut

RAZAK menerima cenderakenangan dari Ketua Usia Bahagian Tawau selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut

TAWAU: Para pendakwah disarankan mempelbagaikan keadah penyampaian dakwah dalam menangani arus perubahan yang begitu drastik masa kini.

Ahli Majlis Tertinggi Usia Dato Razak Tun Sakaran berkata, keadaan ini tentunya berbeza jika hendak dibandingkan dengan zaman lampau kerana realiti kehidupan manusia pada masa ini lebih bersifat kebendaan dan bersifat individualistik.

Menurut beliau dakwah merupakan suatu proses yang dinamik. Ia sentiasa bergerak seiring dengan perubahan persekitaran yang sentiasa berubah mengikut situasi dan kesesuaiannya

“Peranan para pendakwah begitu kritikal dan dunia begitu mengharapkan kemunculan para pendakwah yang mampu mengajak umat kembali kepada cara hidup yang betul dan lurus selaras dengan ajaran Islam yang sebenarnya” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Usia Bahagian Tawau di dewan SK Islamiyah, sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Usia Bahagian Tawau Haji Yahya OKK Zainal serta barisan kepimpinan Usia Bahagian Tawau

Menurut Razak yang juga Ketua Usia Bahagian Semporna , ahli Usia di seluruh bahagian mempunyai peranan serta tanggungjawab dalam mengerakkan amanah Allah SWT agar program program dakwah sentiasa digerakkan.

Katanya, salah satu pendekatan yang dilakukan oleh Usia Pusat ketika ini ialah melantik lebih ramai  penolong pegawai dakwah yang ditempatkan di beberapa buah daerah dengan harapan gerakan dakwah diimarahkan dan  terus diperkasakan

“Para pendakwah perlu memainkan peranan penting dalam gerakan dakwah antaranya ialah mempelbagaikan kaedah, memperbaiki pendekatan, memperkemaskan strategi dan memperkasakan seluruh dimensi dakwah dengan lebih berkesan agar dapat dinatijahkan dalam budaya hidup masyarakat global sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat” katanya

Selain itu, Razak berharap umat Islam agar sentiasa berwaspada dalam cabaran teknologi maklumat dengan menilai segala maklumat yang diterima melalui media massa.

Katanya,teknologi maklumat dipergunakan oleh musuh musuh Islam  untuk menjajah pemikiran umat dengan menyebarluaskan segala bentuk budaya dan fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Razak  juga berkata antara  cabaran lain yang dihadapi oleh umat Islam masa kini ialah  cabaran kesatuan dan perpecahan  umat Islam. Yang  memberikan implikasi yang negatif terhadap perkembangan dakwah Islam dimana musuh-musuh Islam semtiasa mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk memburuk-burukkan imej umat Islam.

Sehubungan dengan itu  menurut beliau gerakan dakwah seharusnya tidak terheret sama ke dalam kancah perpecahan umat. Gerakan dakwah perlu memainkan peranan sebagai pihak ketiga yang berusaha mendamaikan perselisihan, menyatukan hati-hati umat Islam dalam membentuk perpaduan umat.

“ Tugas dan amanah besar merealisasikan perpaduan umat ini hanya mampu dipikul oleh gerakan dakwah yang optimis terhadap perpaduan umat Islam, sepertimana antara agenda utama dakwah Rasulullah s.a.w setelah sampai ke Madinah ialah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku. Oleh itu antara faktor kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w adalah kerana kesatuan umat Islam ketika itu.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan