Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Razak: Bersatu padu demi keamanan dan kemakmuran negara

5:30pm 19/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 64 views i-Muslim,Tempatan
PENGHARGAAN….Razak ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Jamawi selepas majlis perasmian mesyuarat agung tersebut

PENGHARGAAN….Razak ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Jamawi selepas majlis perasmian mesyuarat agung tersebut

SEMPORNA- Masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini perlu terus bersatu padu untuk memastikan keamanan dan kemakmuran terus dikecapi.

Ketua Usia Bahagian Semporna Datuk Razak Tun Sakaran berkata, sejarah mencatatkan bahawa perselisihan pandangan dan ideologi merupakan antara punca utama berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Katanya perselisihan sekecil mana pun jika tidak ditangani akan merebak da meruncing yang akhirnya menimbulkan kesan buruk sehingga meruntuhkan sesebuah institusi atau negara

“ Apa yang jelas, segala perselisihan yang berlaku terbukti tidak mendatangkan sebarang hasil sebaliknya hanya merugikan umat Islam malah membuka peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan menghancurkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Islam” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Usia Bahagian Semporna di dewan Majlis Daerah Semporna baru baru ini .

Perasmian mesyuarat agung tersebut disempurnakan oleh Ketua Belia Usia Pusat Jamawi Jaafar yang turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa Usia bahagian Semporna serta ketua ketua cawangan Usia di bahagian tersebut.

Menurut Razak kecenderungan sama juga dilihat sedang melanda dalam kalangan masyarakat terutamanya umat Islam di negara ini. Dalam keghairahan memperjuangkan agenda dan ideologi masing-masing, perpecahan dalam kalangan umat Islam tidak dihiraukan dan semakin meluas.

“ Akibat daripada perpecahan ini banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah” katanya

Di samping itu tambah Razak sikap segelintir umat Islam mempunyai sifat taksub kepada pemimpin turut menjadi punca perpecahan,akibatnya dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya.

Dalam pada itu Razak berkata Usia Bahagian Semporna akan menganjurkan kolokium bersama guru guru agama dan para pendakwah di daerah itu sebagai flaffrom untuk membincangkan gerakan dakwah dari aspek penggubalan,penandaarasan,implimentasi serta pengukuran untuk memperkasakan lagi program program dakwah di daerah itu

Menurut beliau , kolokium tersebut boleh dijadikan maden untuk berkongsi pengalaman percambahan fikiran dan penataran aplikasi dan hal hal yang berkaitan dengan gerakan dakwah.

“ Usia tidak akan dapat bergerak sendiri dalam melaksanakan program program agama tanpa sokongan serta kerjasama dari semua pihak ini termasuklah guru guru agama, badan badan NGO Islam dan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya

Terdahulu berucap merasmikan mesyuarat agung tersebut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, Usia akan mempelbagai pendekatan dakwah di negeri ini untuk menarik minat umat Islam terutama generasi muda.

Katanya, Usia khususnya Belia Usia akan mencari formula yang lebih berkesan untuk membantu agensi – agensi berkaitan hal ehwal Islam memperhebat aktiviti dakwah demi kemakmuran umat Islam.

“ Usia khususnya Badan Belia, akan memberi tumpuan kepada generasi muda yang sedang dihimpit ancaman pemikiran dan gaya hidup untuk disuntik dengan kemantapan jati diri agar tidak terus hanyut dalam cabaran kehidupan masa kini” katanya

Menurut beliau Usia telah melatih pendakwah muda untuk memenuhi citarasa golongan muda dan sebanyak 8 orang pendakwah muda telah dipersetujui oleh ahli majis tertinggi Usia dan telahpun di latih menjalani program latihan pendakwah baru baru ini.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan