Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rayuan PVATM selesai isu tanah diberi perhatian

Raime Unggi (dua, kiri) menyampaikan borang keahlian PVATM Cawangan Tenom kepada salah seorang veteran ATM. - foto Kalawon Sawing

TENOM – Kerajaan diminta agar membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tenom, berkaitan tanah.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi memberitahu, isu tanah seluas 202.345 hektar milik ahli-ahli PVATM di Kampung Mangkalias di sini, yang belum diberikan kepada ahli-ahli persatuan di daerah itu.

“Saya akan berusaha mengajukan perkara ini kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman agar suara dan masalah ahli-ahli persatuan dapat diketahui oleh pihak berwajib,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Majlis Sesi Dialog Bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Negeri Sabah dan Pengurus Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Negeri Sabah, di sini hari ini.

Raime berkata, pemilikan tanah kepada ahli persatuan berkenaan membolehkan mereka mempelbagaikan aktiviti berkaitan terutama pertanian yang boleh meningkatkan lagi sosioekonomi mereka pada masa akan datang.

“Kita memahami jasa dan perjuangan bekas-bekas tentera di daerah ini suatu masa dahulu sangat besar untuk ¬†mempertahankan kedaulatan negara. Justeru, kita akan berusaha membantu dan menjaga kebajikan bekas tentera selagi mampu.

“Sebenarnya, kami mahu memastikan ahli PVATM memiliki tanah masing -masing untuk kebaikan masa depan ahli ahli persatuan tersebut. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan