Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rayu bangunan Mahkamah Anak Negeri dibina di Nabawan

Mohd. Sayuti Abdullah. - foto Kalawon Sawing
Mohd. Sayuti Abdullah. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Ketua-ketua adat di daerah ini merayu agar pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri di sini turut diberi keutamaan dalam rancangan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah untuk membina lima lagi bangunan seumpama itu di negeri ini.

Ketua Daerah, Mohd. Sayuti Abdullah berkata, bangunan Mahkamah Anak Negeri di daerah ini perlu diberi keutamaan kerana sejak ia diwujudkan di daerah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan hanya menumpang di bangunan pejabat daerah.

“Kita berharap bangunan ini dapat dibina dalam masa terdekat selaras dengan pengwujudan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah sebagai satu jabatan di bawah kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya bangunan sendiri, ia membolehkan urus tadbir yang berkaitan dengan adat istiadat dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar Ibu Pejabat Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dapat memberi pertimbangan terhadap rayuan ketua-ketua adat di daerah supaya bangunan Mahkamah Anak Negeri di sini dapat dibina pada masa akan datang.

Ini katanya, kerana daerah Nabawan turut tersenarai dalam rancangan pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri tahun ini memandangkan tapaknya juga telah sedia ada. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan