Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rayner Jamis dinobatkan Mr.Crocker range

7:27pm 23/11/2015 Ann Vivien 124 views Sukan,Tempatan
Yamani menyampaikan hadiah kepada Firman setelah dinobatkan Mr.Crocker Range.

Yamani menyampaikan hadiah kepada Firman setelah dinobatkan Mr.Crocker Range.

KENINGAU: Firman Rayner Jamis dinobatkan  Mr.Crocker range pada pertandingan bina badan sempena festival crocker range anjuran pergerakkan pemuda UMNO Keningau dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Ahad.

Sementara itu, bagi kategori kategori 70kg ke atas  Suhaili Toipin  menduduki tempat pertama manakala tempat kedua,ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Rahman Roslan,Hildey Joseph dan Alid Tong.                         

Bagi kategori 70kg ke bawah, johan disandang oleh  Radeh Juakim diikuti oleh Hendry Samat, Danel @ Daniel Ajong dan zul Hilmi Izan di tempat kedua,ketiga dan keempat.

Selain acara berkenaan turut dipertandingkan kategori terbuka dimenangi Firman Rayner Jamis di tempat pertama manakala kedua,ketiga dan kempat masing-masing dimenangi oleh Remy Rahim, Jirin Arafat Kunal dan Suhaili Toipin.                                                     

Kesemua pemenang pada pertandingan itu masing-masing menerima wang tunai,medal dan sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah Haji Yamani Hafez Datuk Seri Panglima Musa. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan