Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raymond tak layan kritikan wakil rakyat DAP

Musa Aman (empat dari kiri) bersama barisan kepimpinan parti Gerakan. Turut kelihatan Raymond tan Shu Kiah yang juga Naib Presiden Gerakan. - foto JKM
Musa Aman (empat dari kiri) bersama barisan kepimpinan parti Gerakan. Turut kelihatan Raymond tan Shu Kiah yang juga Naib Presiden Gerakan. – foto JKM

KOTA KINABALU – Pengalaman nyata membezakan kematangan di antara dua wakil rakyat yang dilantik dalam membahaskan sesuatu isu dan ia dibuktikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, saat diajukan pertanyaaan mengenai kritikan terhadap beliau oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong, baru-baru ini.

Dengan nada ringkas, Raymond menjelaskan bahawa, sekarang bukan masanya untuk mencari isu untuk bertikam lidah, apatahlagi dengan sambutan Tahun Baharu Cina masih lagi dirayakan.

“Dalam kita menyambut perayaan ini, saya lebih gemar bercakap tentang soal perpaduan dan harmoni meskipun dengan DAP, saya mahu tunjukkan kepada mereka keharmonian. Sekarang bukan masa kita cari gaduh, sebaliknya ia adalah masa untuk kita lebih harmoni dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Gerakan yang dihadiri tetamu kehormat, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di sini hari ini.

Raymond berkata demikian sebagai mengulas tindakan Junz yang dilaporkan mengkritik beliau dengan menyatakan Menteri Pembangunan Perindustrian negeri itu lemah dalam mengurus pelaburan dan perindustrian di Sabah.

Menurut Raymond, apa yang diperkatakan oleh wakil rakyat dari DAP itu bukan perkara yang perlu diberi perhatian dan tidak seharusnya menjadi topik utama perbincangan kerana perkara dibangkitkan itu sepatutnya dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan tiga kali setahun.

“YB Likas ini kalau anda mahu bahas apa sahaja perkara berkaitan polisi atau aktiviti kerajaan, kita ada perbahasan dalam DUN . Dia tahu setiap penggal kita mengadakan persidangan dan beliau berhadapan dengan semua menteri yang ada dan tugas kami sebagai menteri untuk memberikan jawapan.

“Justeru, semua soalan yang diminta YB ini dalam suratkhabar merupakan soalan yang sudah disampaikan kepada saya sewaktu persidangan DUN lalu, saya kurang faham kenapa sekarang senaraikan banyak soalan… saya fikir kurang baik saya minta pihak media untuk siarkan semua jawapan saya itu. Bukan itu yang kerja kita,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan