Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rayani Air mulakan penerbangan ke Sabah, Sarawak

2:45pm 01/02/2016 Pak Roshan 1367 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
PESAWAT pertama RN130 daripada syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air dari Kuala Lumpur mendarat di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). - Foto Malai Rosmah Tuah

PESAWAT pertama RN130 daripada syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air dari Kuala Lumpur mendarat di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air Sdn Bhd, membuka laluan penerbangan buat kali pertama dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, hari ini.

Penerbangan itu adalah laluan penerbangan ketiga syarikat berkenaan selepas Kuala Lumpur-Langkawi dan Kuala Lumpur-Kota Bharu.

Satu lagi laluan iaitu yang keempat turut dibuka hari ini membabitkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran penerbangan baharu ke Kota Kinabalu dan yakin ia mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Bagi pihak kerajaan, penerbangan itu bakal merancakkan lagi kehadiran pelancong domestik ke negeri ini, khususnya Kota Kinabalu.

“Pelancongan domestik juga adalah antara penyumbang kepada ekonomi negara dan saya yakin ia mungkin menjadi penyelamat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini,” katanya selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung pesawat Rayani Air ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi; Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon Charuruks dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayani Air Sdn Bhd, Ravi Alagendrran.

Sementara itu, Ravi berkata, pihaknya merancang membuka laluan penerbangan dari Kota Kinabalu ke beberapa destinasi lain termasuk Filipina.

“Setakat ini, kami merancang membuka laluan dari Kota Kinabalu ke Manila dan Clark di Filipina dalam tempoh terdekat ini.

“Kami juga akan membuka laluan penerbangan dari Kota Kinabalu-Kuching-Kota Kinabalu dijangka pada 9 Februari ini,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan