Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raya Erom merasmikan majlis pelancaran DigiWED

KENANGAN... Raya merakam gambar kenangan selepas merasmikan Majlis pelancaran DigiWED di sini, hari ini
KENANGAN… Raya Erom (tengah) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur selepas merasmikan Majlis pelancaran program DIGI Wanita Era Digital ‘DigiWED’ di sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

TUARAN- Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Suria, Datuk Hajjah Raya Erom menyeru kepada masyarakat setempat agar agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet untuk perkara yang negatif dan yang boleh memudaratkan diri.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis majlis pelancaran program DIGI Wanita Era Digital (DigiWED) di Dewan Sulaman, disini, hari ini.

Semasa majlis tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada Digi atas usaha syarikat telekomunikasi itu untuk memberi inspirasi dan menggalakkan lebih ramai wanita negara ini agar menggunkan kemudahan digital dalam kehidupan seharian mereka.

“Seminar ini merupakan satu usaha yang baik agar para wanita dapat memahami
kaedah penggunaan internet yang betul,”katanya.

Seramai lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita di sekitar daerah tersebut menyertai seminar DigiWED itu.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan