Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rawat penyakit menggunakan kaedah Original Point Therapy

Raymod membut demonstrasi OPT terhadap Datuk Yeo.-Gambar Oleh Alex Mairin
Raymod membuat demonstrasi OPT terhadap Datuk Yeo.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kelab Rotary Luyang telah menganjurkan satu seminar mengenai ‘Original Point Therapy’ (OPT) yang diadakan di Tingkat 4 Auditorium Masterskill petang tadi.

OPT yang telah diperkenalkan oleh pakar perubatan dari Taiwan iaitu Dr. Chang Chao Han berkesan untuk merawat penyakit dan mudah untuk diamalkan tanpa menggunakan peralatan khas dan ubat-ubatan.

Menurut Presiden Kelab Rotary Luyang, Kenneth Tan, objektif seminar ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai OPT yang merangkumi amalan dan manfaat pengamalannya.

“Teknik OPT adalah mudah untuk diamalkan dan dipelajari serta boleh diamalkan di rumah tanpa perlu menggunakan peralatan khas atau ubat-ubatan,” katanya ketika berucap pada seminar tersebut.

Penceramah utama pada seminar tersebut adalah En. Raymond Tan Lim, yang merupakan pengamal yang berpengalaman dan juga jurulatih OPT dari Singapura.

Menurut Raymond, ciri-ciri yang unik rawatan OPT adalah mengaplikasikan pendekatan untuk merawat gejala penyakit dan peserta juga  didedahkan tentang asal usul dan teori OPT, teknik OPT serta kaedah dan aplikasinya.

“OPT menggunakan teknik mengurut atau tekanan pada titik badan yang sakit dan tidak menggunakan ubat-ubatan, “katanya.

Di akhir seminar tersebut, para peserta yang berminat ditawarkan untuk kemasukan ke kelas latihan yang akan dijalankan setiap minggu di pusat OPT di Kompleks Karamunsing.

Turut hadir pada seminar tersebut  Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Antara peserta yang hadir ketika seminar tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Antara peserta yang hadir ketika seminar tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan