Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ratusan banjiri Masjid Indai

Hajiji Noor (tengah, berdiri) bergambar kenangan bersama para hadirin pada program itu.
Hajiji Noor (tengah, berdiri) bergambar kenangan bersama para hadirin pada program itu.

TUARAN – Program keagamaan perlu diberikan penekanan dari masa ke semasa sebagai pendedahan berterusan kepada umat Islam terutama generasi muda bagi menambah pengetahuan mereka mengenai sejarah dan kisah Rasulullah SAW.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, ceramah seumpama itu perlu diperluaskan dan diperbanyakkan kerana ia merupakan aktiviti bermanfaat untuk mengisi lapang golongan muda.

“Kita mengalu-alukan usaha murni Pemuda UMNO Bahagian Tuaran kerana menganjurkan program seumpama itu,” katanya dalam ucapan perasmian yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Muttakin, di sini hari ini.

Program itu dihadiri ratusan penduduk dari sekitar Kampung Indai dekat sini bagi meyaksikan pelbagai program yang disediakan antaranya, Ceramah Cinta Rasulullah dan qasidah oleh para pelajar Tahfiz Tuaran.

Sementara itu, Pemuda UMNO bahagian itu turut menyumbangkan derma untuk Tabung Masjid Al-Muttakin Kampung Indai yang disampaikan oleh Ketuanya, Jasnih Daya kepada Pengerusi Masjid, Hasdi Ali. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan