Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rasulullah SAW bukti transformasi kejayaan dan gemilangan umat Islam

Kelihatan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta menteri-menteri Kanibent negeri menyertai ribuan umat Islam di Sandakan dalam Majlis Perarakan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1436H/2015M di perkarangan Masjid Daerah Sandakan dan Padang Bandaran Sandakan.
Kelihatan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta menteri-menteri Kanibent negeri menyertai ribuan umat Islam di Sandakan dalam Majlis Perarakan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1436H/2015M di perkarangan Masjid Daerah Sandakan dan Padang Bandaran Sandakan. – foto JKM

SANDAKAN – Umat Islam wajar menghayati segala pendekatan Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi segala cabaran termasuk usaha mentransformasikan kehidupan mereka hari ini ke arah kejayaan dan kegemilangan.

Sesuai dengan tema Maulidur Rasul 1435H/2015M kali ini iaitu Perpaduan Nadi Transformasi Negara, amat penting bagi umat Islam menterjemahkan mesej disebalik sambutan itu dan tidak melihatnya sebagai penganjuran tahunan semata-mata.

Berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Sandakan hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menasihati umat Islam khususnya di negeri ini agar menjadikan Rasulullah SAW contoh terbaik dalam kehidupan.

“Sambutan Maulidur Rasul memberikan ruang dan peluang kepada umat Islam khususnya di daerah ini bersama-sama menyambut dan mengimarahkan kelahiran junjungan kita, Nabi Muhammad SAW bersama saf kempimpinan diperingkat negeri.

“Hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Justeru, saya menyeru agar marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan yang jitu, umat Islam akan cemerlang dan dihormati,” katanya.

Majlis Perarakan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1436H/2015M itu turut disertai Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlida R.M Jasni serta menteri-menteri Kabinet negeri.

Tun Juhar Mahiruddin (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada  Dr. Suwaid Tapa bagi kategori lelaki, sambil diperhatian oleh Musa Aman (kanan).
Tun Juhar Mahiruddin (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Dr. Suwaid Tapa bagi kategori lelaki, sambil diperhatian oleh Musa Aman (dua dari kanan). – foto JKM

Dalam pada itu, bersesuaian dengan komposisi masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya khususnya di negeri Sabah, Musa berkata, semangat muhibah, perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat majmuk ini juga perlul dipelihara.

Ini amat penting, katanya, kerana mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, merupakan tanggungjawab bersama.

Hikmahnya, Musa berkata, amat besar kerana manfaatnya akan dinikmati bukan sahaja oleh umat Islam bahkan seluruh ahli masyarakat, sesuai dengan kemuliaan Islam sebagai agama perpaduan dan keamanan.

“Dengan adanya kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial, seperti yang kita kecapi pada hari ini, telah membolehkan kerajaan negeri dan Persekutuan dapat merancang dan seterusnya melipatgandakan usaha bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan umat Islam dan rakyat pada keseluruhannya,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan