Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rasuah: SPRM Panggil Enam Saksi Bantu Siasat Kes Medan Selera Di Labuan

10:56pm 23/11/2016 Pak Roshan 8 views Jenayah,Mutakhir

sprm

LABUAN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil enam saksi terdiri daripada kakitangan kerajaan dan orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pembinaan medan selera bernilai RM12 juta di Tanjung Purun.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata setakat ini, tiada tangkapan atau rampasan baru dilakukan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pasukan penyiasat SPRM masih meneliti dokumen bagi memastikan jumlah dan nilai projek yang berkaitan dengan kes itu.

Pada Isnin, seorang pengarah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan yang berusia 59 tahun dan dua kontraktor berusia dalam lingkungan 40-an ditahan SPRM.

Mahkamah Majistret memerintahkan pengarah itu dan dua kontraktor berkenaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes itu.

Berikutan penahanan itu, SPRM membekukan 12 akaun bank pengarah itu dan anggota keluarganya membabitkan RM899,000, yang dipercayai sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang diraih menerusi rasuah.

SPRM juga sedang mengesan akaun bank lain suspek berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan