Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rasuah: Pengarah Agensi Kerajaan, Dua Kontraktor, Direman Di Labuan

3:23pm 22/11/2016 Pak Roshan 392 views Jenayah,Mutakhir
PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang pengarah berusia 59 tahun, dari sebuah jabatan kerajaan di Labuan bersama dua lagi suspek untuk proses tahan reman di Mahkamah Majistret, Labuan, kerana disyaki terbabit penyelewengan dan rasuah. - Foto Ihsan Pembaca

PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang pengarah berusia 59 tahun, dari sebuah jabatan kerajaan di Labuan bersama dua lagi suspek untuk proses tahan reman di Mahkamah Majistret, Labuan, kerana disyaki terbabit penyelewengan dan rasuah. – Foto Ihsan Pembaca

LABUAN : Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun di sini.

Pengarah berusia 59 tahun dan kedua-dua kontraktor itu, masing-masing berumur lingkungan 40-an, diperintah supaya ditahan reman selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Haizah Tamin membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga mereka selama tujuh hari.

SPRM membekukan 12 bank akaun pengarah itu membabitkan jumlah RM899,000 iaitu sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang dipercayai diraih menerusi rasuah.

Pengarah itu ditahan pada Isnin kira-kira 11.50 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala dua kontraktor itu ditahan pada 6.30 petang di pejabat SPRM Labuan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan