Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rasuah: Mahkamah tetap tarikh keputusan 22 jun ini

KOTA KINABALU- Mahkamah Khas Rasuah disini, semalam menetapkan 22 jun ini sebagai tarikh keputusan kes membabitkan seorang bekas pegawai pendakwa dari Jabatan Imigresen yang dituduh menerima suapan sebanyak RM 6,000.
Hakim Datuk Ishak Bakri menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan daripada pihak pembelaan, semalam.
Mohd Rithwan Mohd Salleh, 36 didakwa telah menerima wang tunai RM 6,000 daripada Lee Shuk Wai di Pejabat Imigresen, Sandakan pada jam lebih kurang 2.40 petang, 3 Ogos 2012.
Wang suapan tersebut dikatakan sebagai dorongan untuk menutup kes tanpa tindakan ke mahkamah terhadap lelaki berkenaan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/1963 iaitu mengambil pekerja tanpa dokumen yang sah.
Jika disabitkan kesalahan, Rithwan akan dihukum dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.
Terdahulu, pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak 18 orang saksi.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM , Awang Shamsul Baharam Bungso manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh. РOleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan