Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rasa Cinta Di Dalam Rumah Hasan Al-Banna

3:34pm 25/11/2016 Zakir Sayang Sabah 48 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Siapa tidak kenal sosok tubuh bernama Imam Hasan al-Banna rahimahullah? Beliau merupakan salah seorang tokoh penggerak Islam yang begitu dikenali seantero dunia, kerana usaha dan perjuangannya menegakkan Islam di bumi Mesir suatu ketika dahulu.

Selain dijadikan rujukan sebagai tokoh umat Islam, Imam Hasan al-Banna turut menjadi contoh teladan dalam mendirikan rumahtangga Muslim. Ini kerana umum mengetahui beliau berjaya ‘menghasilkan’ sebuah keluarga yang cukup didambakan oleh segenap masyarakat Muslim. Hal ini sudah pasti dicontohi melalui perilaku Baginda Rasulullah SAW.

Antara perkara menarik yang hendak untuk dikongsi bersama pembaca antaranya;

1- Sikap Beliau Bersama Isterinya Yang Cukup Menyenangkan.

Tsana, puteri Hasan al-Banna berkata;

“Pernah suatu hari, ayah pulang lewat dan ibu sedang tidur. Ketika itu, ayah langsung tidak mengejutkan ibu. Bahkan, ayah menyiapkan sendiri makanan dan segala keperluan makanan untuk para ikhwan yang datang. Ayah masuk ke dapur dan menyediakan makan malam sendiri. Ayah tahu kedudukan bahan perasa masakan dan peralatan di dapur. Ayah juga menyediakan roti dan menyusun meja makan untuk mereka makan bersama.”

“Jah, oh jah. Bangun! Bangun. Kawan-kawan saya datang ni. Siapkan air cepat.”Mungkin beginilah senario hari ini jika si suami balik ke rumah bersama rakan-rakan dan si isteri pula sedang tidur. Hmm… sentap?

2- Tidak Menganggu ketenteraman orang lain.

Di ceritakan oleh Saiful Islam, putera Hasan al-Banna;

“Jika pulang lewat malam, ayah tak pernah mengganggu sesiapa pun. Padahal kunci rumah kami cukup panjang sehinggakan apabila dibuka, pasti akan menghasilkan bunyi. Suatu malam, saya belajar hingga lewat malam. Betapa terkejutnya saya ketika mendapati ayah sudah berada di rumah, padahal saya tidak mendengar bunyi pintu dibuka. Ternyata, ayah membuka pintu dengan cukup berhati-hati, bahkan dengan perlahan yang boleh. Ayah mempunyai perasaan yang sangat halus, bahkan mungkin boleh dikatakan sangat lembut.”

Masyallah, sungguh akhlaknya cukup mengkagumkan. Lihat, sampai begitu sekali beliau menjaga adab dan akhlaknya, semata-mata tidak mahu mengganggu ahli keluarga dalam rumahnya apabila pulang ke lewat.

Nak banding hari ini? Jauh, amat jauh. Ada juga yang bagus. Tapi, yang tak bagusnya apabila ada si suami yang balik rumah saja, dia mengetuk-ngetuk pintu sampai nak pecah pintu tu dibuatnya. Ya, bersangka baik saja. Mungkin dia tak de kunci spare, atau dinding rumahnya begitu kebal sampai perlu dia ketuk kuat-kuat.

Begitulah dua contoh yang cukup simple dan boleh diteladani oleh para suami dalam mengharmonikan rumahtangga masing-masing. Moga kisah ini dapat menjadi inspirasi untuk terus memperbaiki rongga-rongga yang wujud dalam hubungan suami isteri. Wallahua’lam.

“Ayah – semoga Allah merahmatinya – sangat lembut perasaannya. Dia sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Dia mempunyai kemampuan yang membuatkan kami patuh tanpa perlu diperintah untuk mentaatinya. Kami menganggapnya sebagai seorang yang berwibawa yang menyebabkan kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya.”

Saiful Islam, putera Hasan al-Banna

 

(Sumber: Tazkirah.net)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan