Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raptai istiadat pembukaan penggal pertama DUN Ke-15 berjalan lancar

KOTA KINABALU: Sesi raptai pertama Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) Ke-15 pagi tadi, di Perkarangan DUN berjalan lancar.

Istiadat dimulakan dengan raptai Pemeriksaan Barisan Kehormat daripada Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu diketuai ASP Mohd Nazrol Mohd Nawi dengan kekuatan anggota seramai 102 orang.

Turut menyertai raptai pertama pada kali ini adalah Pancaragam Polis Kontinjen Sabah yang dipimpin ASP Mesmor Edward dengan keanggotaan seramai 50 orang.

Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Ke-15 akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Juhar Datuk Mahiruddin pada 2 Julai bermula jam 9 pagi, manakala Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN Ke-15 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai ini.

Hadir sama menyaksikan raptai tersebut, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Timbalan Speaker II, Datuk George Anthony Ginibun. / Penerangan-

Pemeriksaan Barisan Kehormatan daripada wakil TYT, ASP Fauzi pada upacara raptai pertama pembukaan DUN Sabah Ke-15.

Komen


Berita Berkaitan