Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RAPAT 1M, mengurangkan kadar jenayah

12:36pm 13/11/2015 Leolerry Lajius 37 views Tempatan

KOTA KINABALU:Pelaksanaan Program RAPAT 1M di 75 kawasan taman perumahan seluruh negara  berjaya mengurangkan kadar jenayah dan menambah keyakinan keselamatan penduduk sebanyak 99 peratus.

Ketua Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia Brig. Jeneral Abd Kadir Ahmad berkata, program ini merupakan rondaan di kawasan perumahan dengan kerjasama  pihak tentera, polis dan orang awam yang bertujuan mengawal keselamatan di kawasan rondaan.

“Rondaan bermula dari jam 12 pagi sehingga 6 pagi dengan melibatkan seorang anggota tentera, seorang anggota polis dan 3 orang awam dan telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi, “katanya.

Tambah beliau, sepanjang tahun ini sebanyak enam siri RAPAT 1M yang akan dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada orang awam yang terlibat dengan rondaan ini di kawasan masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel Pengukuhan RAPAT 1M siri kedua yang melibatkan seramai 30 orang peserta  di Hotel Grand Borneo pagi tadi.-Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jeneral Abd Kadir menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta

Jeneral Abd Kadir menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan