Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rangka pelan strategik majukan daerah

Sapawi Ahmad menyampaikan watikah perlantikan ahli majlis kepada Senator Datuk Jamilah Sulaiman.
Sapawi Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan watikah perlantikan ahli majlis kepada Senator Datuk Jamilah Sulaiman.

SIPITANG – Ahli Majlis Daerah diminta merangka pelan strategik jangka panjang bagi memastikan hala tuju pembangunan Sipitang seiring dengan perkembangan semasa.

Saranan itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Sipitang, di sini hari ini.

Beliau berkata, ahli majlis merupakan penggerak utama dalam merancakkan pembangunan daerah ke tahap yang relevan kepada pembangunan arus perdana.

“Sipitang adalah daerah yang mempunyai potensi besar. Ia merupakan daerah pertama yang dikunjungi oleh rakyat Brunei mahupun Sarawak yang menggunakan kenderaan untuk ke negeri ini dan kerana itulah kita perlu memastikan Sipitang terus membangun dan untuk memastikan kerancakan pembangunan itu, tentunya kita memerlukan pelan strategik untuk jangka masa panjang,” katanya.

Sapawi turut menegaskan empat perkara yang wajar diutamakan iaitu kebersihan, keceriaan, keselamatan dan keindahan dalam merangka pelan strategik tersebut.

“Saya yakin dan percaya ahli majlis berupaya menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk menambah baik apa juga yang diperlukan untuk Sipitang,” ujarnya.

Seramai 18 orang dilantik sebagai ahli majlis iaitu Senator Datuk Jamilah Sulaiman mendahului penerimaan watikah perlantikan diikuti oleh Datuk Semion Abdul Rahim, Abdul Rahman Mohd. Noh, Rosli Tahir, Asli Moksin, Jamian Yunus, Aminah Ghapar dan Lau Kim Ling.

Turut menerima ialah Alidin Mohammad, Moktar Matussin, Bongkol Amin, Liaw Ching Kiat, George Libat Dakwat, Angian Alai, Wong Ket Sing, Pengiran Lalung, Mohammad Jaini Puas dan Awang Julai Berahim. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan