Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rangka manusia ditemui di Jalan Kimanis

TERJATUH KE DALAM GAUNG... Lori yang ditemui oleh pemilik tanah. Manakala gambar kecil, rangka manusia yang dipercayai terbunuh dalam kemalangan ini setahun lalu.
TERJATUH KE DALAM GAUNG… Lori yang ditemui oleh pemilik tanah. Manakala gambar kecil, rangka manusia yang dipercayai terbunuh dalam kemalangan ini setahun lalu.

KENINGAU: Beberapa penduduk kampung terkejut apabila menemui sebuah lori terbalik di kawasan gaung dipercayai akibat terbabit dalam kemalangan jalanraya di Batu 16, Jalan Keningau – Kimanis dekat sini pada petang Sabtu.
Difahamkan, tengkorak dan rangka itu ditemui oleh pemilik tanah kawasan terbabit pada jam 3.55 petang di bahagian tempat duduk pemandu lori itu.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong berkata siasatan lanjut berdasarkan nama syarikat yang tertera pada pintu lori berkenaan, polis berjaya mengesan ahli keluarga mangsa di Kampung Masjid Keningau, di sini.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya sudah lama tidak pulang dan tiada khabar berita sejak Januari tahun lepas,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Bagaimanapun, katanya, keluarga mangsa tidak membuat laporan orang hilang kepada pihak polis.
Identiti rangka berkenaan dipercayai milik Sharif Marsuki, 28, yang meninggal dunia hampir setahun lalu selepas lori dipandunya terjatuh ke dalam gaung di laluan itu tanpa disedari oleh orang ramai.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa yang memandu seorang diri dipercayai hilang kawalan lalu terbabit kemalangan sebelum terjatuh ke dalam gaung dan meninggal dunia,” katanya.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dihubungi bagi membantu mengeluarkan rangka dari gaung sedalam 30 meter dari jalanraya utama. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan