Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rangka manusia dijumpai di Taman Putera Jaya Telipok

KOTA KINABALU: Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui oleh sekumpulan pekerja pembersihan di kawasan semak berhampiran flat di Taman Putera Jaya Telipok dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Assistant Komisiner Polis M.Chandra berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Menggatal diketuai pegawai penyiasat Sub-Inspektor Sulaiman Rahmat yang menerima makluman orang awam mengenai penemuan itu, bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Rangka mayat itu ditemui oleh sekumpulan pekerja pada kira-kira jam 10.15 pagi ketika sedang melakukan kerja membersihkan kawasan semak berhampiran kawasan flat tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, anggota polis forensik yang melawat tempat kejadian mengesahkan mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu telah meninggal dunia lebih kurang 4 minggu lalu.
Chandra juga berkata bahawa tiada unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
“Mangsa disyaki menggantung diri berdasarkan terdapat seutas tali yang terikat pada dahan dan satu simpulan di tali tersebut berada di tempat kejadian,” katanya lagi.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.
Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi proses pengecaman mangsa. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Komen


Berita Berkaitan