Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rangka kanak-kanak ditemui, pasangan kekasih ditahan

Lokasi rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil.
Lokasi rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil.

MELAKA TENGAH: Satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun,

ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar, berkata mangsa

dipercayai dibunuh Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah teres dua tingkat

berkenaan.

Katanya, rangka mayat mangsa yang dibalut kain batik itu ditemui dalam satu lubang sedalam

kira-kira 0.3 meter di belakang rumah berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Sepasang kekasih berusia 24 dan 25 tahun yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak itu ditahan di

Muar, Johor kira-kira jam 2 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan

kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Komen


Berita Berkaitan