Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rangka Bayi Ditemui Dalam Beg Sekolah Di Kuala Nerang

rangka bayi

ALOR SETAR– Rangka bayi dijumpai dalam beg sekolah di sebuah kebun di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang dekat sini, Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, ASP Chang Kut Choy berkata rangka berkenaan dipercayai milik bayi yang baru lahir ditemui dua pekebun yang sedang menebas di kawasan itu kira-kira 6 petang.

“Mereka terjumpa sebuah beg sekolah yang apabila dibuka terdapat satu rangka bayi. Turut ditemui dalam beg itu pakaian sekolah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kes itu masih disiasat.

Komen


Berita Berkaitan