Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rang Undang-Undang IPTS dilulus

ipts

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) (Pindaan) 2014 bagi membuka ruang lebih luas dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bagi memperketat pemantauan dan pengawalan kualiti terhadap semua IPTS tempatan sekali gus mendorong kepada liberalisasi sektor pengajian tinggi swasta tempatan.

Peruntukannya juga membuka ruang kepada pusat pengajian tinggi terkemuka antarabangsa bertapak di negara ini membawa masuk teknologi baharu dan menguntungkan negara.

Selain itu, ia turut membantu memperkemas garis panduan bagi menentukan yuran pengajian IPTS berpatutan dan sepadan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Rang undang-undang itu yang diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan akan turut membuka lebih banyak peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran di IPTS mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 10 Jun lepas.

Komen


Berita Berkaitan