Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rancangan BN beri subsidi tambang feri 50 peratus melegakan penduduk

Musa (tiga dari kiri) ketika disambut oleh masyarakat di Pulau Banggi pada Majlis Bersama Rakyat.

Kudat : Rancangan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan subsidi tambang feri 50 peratus bagi perjalanan Kudat – Pulau Banggi tidak lama lagi, melegakan rakyat.

Bagi Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Ubian (KKMU), Asirul Hama, langkah itu bukan sahaja dapat meringankan beban rakyat, malah mampu menggalakkan sektor pelancongan di daerah berkenaan.

“Bagi pihak KKMU dan juga suku kaum pribumi di daerah ini, saya amat mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap subsidi separuh tambang feri.

“Feri adalah pengangkutan utama rakyat di Pulau Banggi, jadi usaha subsidi itu bukan sahaja melegakan rakyat, tetapi juga dapat menggalakkan pembangunan sektor pelancong serta merancakkan sosio-ekonomi dan budaya setempat,” ujarnya.

Senada dengan Asirul, kakitangan kerajaan, Sahiman Rahman, menyifatkan langkah itu terbaik untuk mengurangkan beban rakyat dan pengumuman rancangan berkenaan juga tepat pada masanya.

“Rancangan ini adalah yang terbaik untuk mengurangkan beban masyarakat sama ada penduduk setempat, mahupun kakitangan kerajaan yang bertugas di situ dan berulang-alik pada setiap hari.

“Selain itu, saya berpendapat langkah parti BN mengumumkan berita baik ini tepat pada masanya. Ini kerana, pihak tidak bertanggungjawab sedang memanipulasi isu ini dengan mengatakan kerajaan BN akan menaikkan harga tambang jika terus memerintah,” kongsinya dengan gembira.

Pada Khamis, Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumunkan rancangan pelaksanaan pemberian subsidi 50 peratus tambang bagi perjalanan Kudat ke Pulau Banggi, sempena Majlis Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Balai Polis Kerakit.

Ketika ini, tambang sehala bag perjalanan Kudat ke Pulau Banggi atau sebaliknya adalah RM24 bagi tempat duduk kelas kedua dan RM25 bagi kelas pertama./Penerangan-

Komen


Berita Berkaitan