Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rancang serang Singapura gagal

11:01am 06/08/2016 Pak Roshan 873 views Global
MARINA Bay Sands di Marina Bay Singapura, yang didakwa menjadi sasaran serangan militan Indonesia. - Reuters

MARINA Bay Sands di Marina Bay Singapura, yang didakwa menjadi sasaran serangan militan Indonesia. – Reuters

Jakarta: Polis Indonesia menangkap enam suspek militan berhubung rancangan untuk melancarkan serangan roket terhadap kawasan pelancongan di Singapura.

Singapura mengesahkan ia menyedari mengenai rancangan itu dan berkata, kawalan keselamatan sudah ditingkatkan.

Keenam-enam suspek berkenaan yang berusia antara 19 dan 46 tahun ditahan di Batam, kata jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto.

Lelaki yang didakwa mengetuai kumpulan itu, Gigih Rachmad Dewa dituduh merancang serangan, bersama Bahrun Naim, militan terkenal Indonesia yang kini dipercayai berada di Syria kerana menyertai kumpulan pengganas Daish.

Seorang lagi jurucakap, Boy Rafli Amar berkata, sasaran kumpulan itu ialah Marina Bay, tempat terletaknya Marina Bay Sands, kompleks mewah terdiri daripada pusat beli-belah, hotel dan kasino.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Dalam Negeri Singapura berkata, ia menyedari rancangan dibuat suspek yang ditahan pihak berkuasa Indonesia itu.

“Sebagai reaksi kepada ancaman itu, polis dan agensi lain meningkatkan kawalan keselamatan di Singapura, termasuk di sempadan republik ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Indonesia sudah sekian lama bergelut dengan ancaman keganasan serta mengalami beberapa serangan sepanjang 15 tahun lalu, termasuk pengeboman di Bali pada 2002 yang meragut 200 nyawa.

Tindakan yang dilancar berjaya melemahkan rangkaian beberapa kumpulan militan. Bagaimanapun, Daish terbukti menjadi ancaman baru terhadap negara itu hingga berjaya menarik ratusan rakyatnya untuk ke Syria dan Iraq bagi menyertai keganasan kumpulan berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan