Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rancang aktiviti pembelajaran anak-anak

Sebahagian golongan ibu bapa yang turut memeriahkan perasmian Mesuarat Agung PIBG SMK Tagasan di Semporna.
Sebahagian golongan ibu bapa yang turut memeriahkan perasmian Mesuarat Agung PIBG SMK Tagasan di Semporna.

SEMPORNA – Dalam usaha memperkasakan lagi pendidikan anak-anak, komitmen jitu golongan ibu bapa sangat diharapkan bagi membantu memantau aktiviti pembelajaran pelajar semasa di rumah.

Tanpa kerjasama itu, mustahil harapan serta cita-cita melahirkan pelajar lebih cemerlang akan tercapai malah ianya akan membantutkan lagi kemajuan pelajaran anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Nasir Sakaran berkata, dalam hal ini Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah perlu merancang pelbagai aktiviti pembelajaran secara bijaksana.

“Hubungan baik antara kedua pihak dapat menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan sesebuah sekolah dalam bidang pendidikan sekaligus mampu menganjak prestasi kejayaan pelajar,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tagasan sessi 2013/2015 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Ekonomi Sabah (Sedco) berkata, kejayaan cemerlang para pelajar hendaklah dijadikan teras dan pembakar semangat sekaligus sebagai penanda aras kepada kejayaan yang lebih gemilang.

Antara kejayaan SMK Tagasan ialah menjuarai pertandingan robotik peringkat negeri dan tempat ke10 dalam pertandingan sama di peringkat kebangsaan dan menerima Anugerah Kecemerlangan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan