Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rampasan 270 liter petrol cuba diseludup keluar

5:05pm 12/12/2015 Ann Vivien 26 views Jenayah,Tempatan
Polis Marine

Polis Marine

SEMPORNA: Cubaan dua lelaki untuk menyeludup keluar 270 liter petrol yang dimuatkan di dalam sembilan jeriken, malam tadi berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna semasa Ops Paradise di laut Tobo-Tobo.

Komander PPM Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, dua lelaki tersebut bagaimanapun meloloskan diri selepas bertindak nekad terjun ke laut dan berenang ke kawasan bakau dalam kejadian sekitar jam 7.20 malam itu.

Katanya, sepasukan PPM Semporna terserempak dengan sebuah pam bot dalam keadaan mencurigakan lalu menghampirinya dan ketika itulah dua lelaki iaitu seorang juragan dan seorang lagi anak kapal bertindak terjun ke laut.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas pam bot mendapati sejumlah sembilan jeriken berisi petrol bernilai RM862.00 yang dipercayai hendak diseludup keluar ke negara Filipina.

Barang rampasan, katanya, dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tujuan siasatan mengikut Akta Kastam 1967.- Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan