Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rampas zamzam palsu

SEBAHAGIAN daripada bekas dan kotak untuk mengisi air zamzam palsu.
SEBAHAGIAN daripada bekas dan kotak untuk mengisi air zamzam palsu.

Makkah: Pihak berkuasa bandar raya ini semalam merampas kira-kira 3,500 gelen air zamzam palsu dari sebuah gudang di Al-Kaakiya.

Serbuan itu turut membabitkan polis rahsia dan jabatan lain yang berkaitan.

Mereka turut merampas pelekat zamzam palsu yang ditampal pada bekas air yang digunakan.

Pekerja terdiri daripada rakyat beberapa negara juga ditahan di gudang berkenaan.

Ketua Jabatan Pemasaran Muhammad Al-Osaimi berkata, kegiatan menjual air zamzam palsu menjadi-jadi setiap kali Ramadan kerana permintaan yang tinggi.

“Ada pihak yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menggunakan air dari sumber yang tidak diketahui ke dalam bekas zamzam.

Katanya lagi, mereka tidak akan berhenti memantau untuk memastikan kegiatan seperti itu dibanteras. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan