Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rampas tembaga, jumpa bakakuk

KETUA Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad (empat dari kanan) menunjukkan bakakuk yang dirampas di Kampung Keliatan, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu selepas menahan seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kegiatan curi kabel serta penemuan tiga senapang buatan sendiri termasuk jenis bakakuk yang disembunyikan dalam bilik tidur di sebuah rumah. – Foto Ainul Durmahyanty Durming

 

LAHAD DATU: Penahanan seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kegiatan curi kabel di daerah ini, membawa kepada penemuan tiga senapang buatan sendiri termasuk jenis bakakuk yang disembunyikan dalam bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Keliatan, Jalan Tengah Nipah, di sini, Selasa lalu.

Serbuan jam 9.30 malam menerusi Ops Cantas oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu itu turut merampas beberapa tembaga daripada kabel pelbagai saiz yang disyaki dicuri suspek.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata siasatan mendapati tembaga pelbagai saiz bernilai RM200,000 disyaki dicuri di lima unit pencawang milik Kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di Jalan Tengah Nipah.

“Barang rampasan membabitkan dua gegelung tembaga, satu batang rod tembaga, tiga besi tembaga pelbagai saiz, 13 besi penyambung dan dua unit rotor dinamo.

“Ketika serbuan itu juga, polis merampas sepucuk senapang buatan sendiri jenis bakakuk, dua senapang angin beserta tujuh peluru tabur dan 10 kelongsong peluru tabur di bilik tidur suspek terbabit,” katanya dalam sidang media di IPD Lahad Datu, hari ini.

Hamzah berkata, hasil soal siasat, suspek warga tempatan berusia 48 tahun itu mendakwa menggunakan senapang berkenaan untuk kegunaan sendiri.

“Suspek dan semua rampasan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – Oleh Ainul Durmahyanty Durming/BH Online

Komen


Berita Berkaitan